fbpx

Projek basmi miskin tegar dipantau, elak separuh jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tengah) bersama penerima sumbangan, Nizam Md. Jenin, 41, (kiri) pada program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia di Kampung Kuala Jerlun, hari ini.

JITRA – Keluarga miskin tegar yang dibantu dalam program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) bermula hujung bulan ini akan dipantau sehingga mereka berupaya keluar daripada kelompok kemiskinan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebanyak 180,009 keluarga miskin tegar di seluruh negara akan dibantu menerusi program berkenaan.

Katanya, keluarga terlibat akan dibantu dalam meningkatkan pendapatan menerusi bidang atau kemahiran masing-masing seperti pertanian, jahitan, perniagaan atau nelayan.

“Ini bukan program baharu tetapi bezanya sekarang ini adalah kita lakukan secara bersepadu dan holistik melibatkan semua pihak termasuk kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan universiti.

“Ia juga akan dipantau rapi oleh pihak tertentu seperti penghulu dan imam. Sebagai contoh, mereka perlu pastikan bot nelayan yang diberi tidak dijual dan jika ia berlaku, tindakan sewajarnya boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita sempena lawatan turun padang bagi Program BMTKM di Pejabat Daerah Jerlun (Daerah Kecil) di Jerlun dekat sini hari ini.

Selain itu, katanya, projek dilakukan peserta juga akan dipastikan dapat memberikan keuntungan dan tidak membebankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI