fbpx

Pejabat Zelenskyy maki pegawai Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG budak lelaki duduk di hadapan bangunan yang rosak di Kramatorsk, rantau Donbas kelmarin. - AFP

KIEV – Penasihat Presiden Ukraine, Alexey Arestovich menggunakan bahasa kesat untuk mengkritik sekutu Barat yang menggesa Kiev supaya menyerahkan wilayah negara itu kepada Rusia demi keamanan, lapor laman berita RT semalam.

“Cadangan s***, kamu bodoh s*** kerana mahu memperdagangkan wilayah Ukraine. Adakah kamu s*** gila? Anak-anak kami mati, askar kami menahan peluru meriam dengan menggunakan badan sendiri dan mereka (Barat) memberitahu kami bagaimana untuk mengorbankan wilayah kami. Ini sama sekali tidak akan berlaku,” kata Arestovich dalam satu wawancara semalam.

Beliau mengecam suara ‘logik’ yang menggesa Ukraine supaya ‘menyekat seleranya’ dan memberikan wilayah yang diminta Rusia dengan alasan, sikap beralah membolehkan Kiev mewujudkan keamanan menyeluruh dan kembali kepada situasi normal seperti sebelum perang.

Seorang lagi penasihat kepada Presiden Volodymyr Zelenskyy, Mikhail Podoliak menggunakan aplikasi mesej Telegram untuk mengkritik pelobi-pelobi pro-Rusia di Eropah kelmarin.

“Kami tidak menjual rakyat, wilayah atau kedaulatan kami. Ini adalah garisan merah yang jelas.

“Tentera Ukraine mempertahankan Kiev, membebaskan tiga buah rantau dan dalam peringkat akhir membebaskan rantau keempat. Namun, hari ini (semalam), mereka mahu kami memberikan wilayah di timur dan selatan kepada Rusia.

“Terima kasih di atas nasihat anda. Namun, kami lebih rela mengangkat senjata,” kata Podoliak.

Arestovich dan Podoliak mengeluarkan kenyataan mereka selepas bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Henry Kissinger berucap pada Forum Ekonomi Dunia di Davos Isnin lalu. Dalam ucapannya, Kissinger menggesa Ukraine supaya segera berdamai dan kembali kepada situasi sebelum perang pada Februari lalu.

Ukraine sebelum ini menegaskan bahawa pihaknya tidak akan bersetuju terhadap mana-mana usul keamanan yang tidak menghormati persempadanan sebelum tahun 2014.

Bagaimanapun, Moscow juga berkeras bahawa rantau Donetsk dan kerajaan Republik Rakyat Lugansk di samping status Crimea yang dirampas sebagai wilayah milik Rusia tidak boleh dibincangkan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI