fbpx

Ozlynn buat hidung berdarah, Johan bagi guna kad debit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZLYNN bertuah dianugerahkan suami seperti Johan yang tidak berkira soal wang ringgit dengannya.

PETALING JAYA – Dikurniakan pasangan yang memahami kehendak dan menghormati waktu sendiri atau ‘me time’ adalah satu bentuk rezeki yang harus disyukuri.

Barangkali, itulah yang dirasai pelakon Ozlynn Waty yang memanjatkan kesyukuran bersuamikan seorang lelaki seperti Johan atau nama sebenarnya, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz.

Kata Ozlynn, 41, penyampai radio dan pelawak itu tidak pernah berkira dengannya soal wang dan waktu serta sangat mempercayai dirinya.

“Beza papa (Johan) hantar gambar dengan mama (saya) hantar gambar. Saya rasa bersalah? Oh, langsung tidak.

“Sebab papa bagi kand bank dan cakap, pergilah ‘enjoy’ cuma nak pesan satu sahaja, ‘hati-hati okey, lepas selesai urusan awak balik terus. Ingat awak cinderella saya’.

“Sambil cium dahi. Terima kasih papa. Walaupun bila saya bagi bil, hidung papa berdarah,” kata Ozlynn atau nama sebenarnya, Rozlinawaty Ismail menerusi satu entri dalam Instagram.

Menerusi untaian foto dimuat naik, Johan sedang menyusukan anak bongsu mereka sementelah Ozlynn sedang berbelanja di lokasi dipercayai sebuah butik.

Dalam pada itu, penerbit Sheila Rusly turut meninggalkan pesanan dalam ruangan komen dengan berkata: “Ozlynn didik paling win. Bagi bini kad debit dan ‘enjoy’.” – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI