fbpx

Monyet sebar penyakit demam malaria di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANGKITAN malaria Nousai berpunca daripada parasit plasmodium knowlesi yang disebarkan oleh monyet kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles betina. - Thaiger

BANGKOK – Pihak berkuasa wilayah Ranong, selatan Thailand melaporkan sebanyak 41 kes demam malaria Nousai, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menurut Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Ranong, melaporkan kebanyakan pesakit yang dijangkiti malaria Nousai mempunyai sejarah masuk ke kawasan terpencil di dalam hutan.

Jangkitan penyakit malaria Nousai berpunca daripada parasit plasmodium knowlesi yang disebarkan oleh monyet kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles betina.

Pegawai di wilayah Songkhla sedang mengumpulkan sampel darah daripada kera-kera hutan untuk menguji jangkitan penyakit itu bagi mengurangkan kembimbangan penduduk tentang potensi wabak disebabkan terdapat lebih 2,000 kera liar di daerah Mueang, Songkhla.

Wilayah Trat kelmarin melaporkan sebanyak 11 kes malaria Nousai dengan sembilan daripadanya di pulau Koh Chang dan dua yang lain di daerah Bor Rai.

Saintis-saintis juga sedang menguji sampel darah daripada kera liar di daerah Koh Chang untuk menyiasat berkenaan penyakit tersebut dengan lebih lanjut.

Data daripada Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit mendedahkan bahawa sejak awal tahun ini, wilayah Songkhla telah merekodkan 16 kes malaria Nousai di daerah Saba Yoi dan Rattaphum dengan kebanyakan pesakit terlibat dalam aktiviti memburu di kawasan terpencil di dalam hutan.

Saintis yang menguji nyamuk di kawasan bandar di Songkhla bagaimanapun tidak mendapati kesan penyakit tersebut.

Daripada 42 kes yang direkodkan di Ranong, kes ditemui di lima daerah yang mempunyai liputan hutan tebal di wilayah itu.

Pengarah Pejabat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Songkhla, Dr. Pathomphon Prickhu berkata, pihak berkuasa di setiap wilayah dengan kes yang direkodkan sedang menyiasat asal-usul penyakit itu untuk mencegah penularannya di Thailand.

Setiap penduduk di Thailand disarankan untuk mengambil langkah pencegahan bagi meminimumkan gigitan nyamuk, tambah doktor itu.

Mereka perlu mendapatkan bantuan perubatan dengan kadar yang segera jika mengalami gejala demam, banyak berpeluh, menggigil, sakit kepala, jantung berdegup pantas, loya atau sakit otot. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI