fbpx

Kumpulan peguam pemerhati harap kes Bella dapat disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALJIT Singh Sidhu ketika ditemui pemberita selepas melawat remaja Sindrom Down, Bella di sebuah pusat jagaan kelolaan JKM di Seremban hari ini.-Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Kumpulan peguam pemerhati yang dicadangkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berharap keseluruhan proses prosiding perbicaraan kes penderaan remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dapat disegerakan bagi kepentingan remaja terbabit.

Tiga peguam berkenaan iaitu Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Datuk Ikbal Salam hari ini ke sebuah pusat jagaan kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Temiang dekat sini untuk bertemu dengan Bella.

Baljit Singh berkata, lawatan itu merupakan tanggungjawab peguam pemerhati bagi pihak remaja Sindrom Down berkenaan.

“Pihak kami sebagai peguam pemerhati Bella telah hadir untuk berjumpa dengan kanak-kanak berkenaan dan keadaan adik Bella sihat, baik dan kesan kecederaan juga semakin baik.

“Kami amat gembira kerana perhatian perubatan yang baik telah diberikan kepada Bella. Pihak kami juga memohon supaya perbicaraan ini dapat dilengkapkan segera demi kepentingan Bella sebagai seorang kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di sini pagi tadi.

Menurut Baljit Singh, lawatan itu juga rentetan daripada pelantikan mereka sebagai peguam pemerhati bagi Bella sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen (Jenayah) Kuala Lumpur pada 20 April lalu bagi memastikan keadilan dan hak Bella adalah sentiasa terpelihara.

Pada 17 April lalu, Tunku Ismail menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati kes penderaan remaja berkenaan.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI