fbpx

Ribut petir di lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu melibatkan seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan beberapa daerah di Negeri Sembilan.

“Keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri-negeri berkenaan sehingga 1 tengah hari nanti.

“Di Negeri Sembilan, daerah yang terlibat ialah di Seremban, Port Dickson dan Rembau,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI