fbpx

Isu anak bercium, Ridhuan Tee sifatkan iman tidak diwarisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ridhuan Tee (kiri) mengulas tentang video cium didakwa membabitkan anaknya bersama seorang wanita yang tular di media sosial.

PETALING JAYA- Selepas berdiam diri beberapa hari, pendakwah tersohor, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang juga ayah kepada pelakon Syafi Tee akhirnya mengulas tentang kontroversi membabitkan anak keduanya itu.

Penjelasan itu dibuat sebagai reaksimya kepada video bercium anaknya bersama seorang wanita yang tular di laman media sosial hingga mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menurut Mohd. Ridhuan, beliau tampil menjawab persoalan itu selain mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana mengambil berat hal keluarganya.

“Benar sekali, iman tidak dapat diwarisi, tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan, saya tidak sempurna.

“Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya hamba Allah yang hina, tetapi saya telah melakukan yang terbaik, untuk semua anak saya seramai enam orang. Selebihnya saya berserah, saya pasrah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Susulan kejadian cium itu, katanya, beliau akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar meskipun ia telah berlaku kepada keluarganya sendiri.

“Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Allah, ujian ini akan terus mematangkan kita.

“Kejadian ini tidak akan menjadikan saya berdiam diri. Saya akan terus menegur dan menjalan asas sebagai sebagai Islam, amar makruf nahi mungkar. Sesiapa sahaja yang buat mungkar, akan saya tegur meskipun berada dalam keluarga saya sendiri,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai Syafi Tee, Ridhuan berkata, anak keduanya lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar.

“Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam, lebih 30 tahun. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan.

“Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan bidang seni hiburan boleh membawa kita ke syurga. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hambaNya yang kerdil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI