fbpx
CITY berjaya menjulang kejuaraan EPL buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas berjaya menewaskan Villa pada aksi terakhir EPL di Etihad kelmarin. – AFP

Kebangkitan ‘gila’ julang Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola meng­anggap seluruh pasukan­nya adalah legenda selepas mereka berjaya dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas melakukan kebangkitan dramatik.

Pada perlawanan terakhir kelmarin, City yang memiliki kelebihan satu mata berban­ding pencabar terdekat, Liverpool ketinggalan dengan dua gol kepada Aston Villa sebelum bangkit meledak tiga gol dalam tempoh lima minit untuk meraih kemenangan 3-2.

Kejayaan itu sekali gus menafikan hasrat Liverpool untuk menjulang gelaran quardruple musim ini biarpun mereka turut meraih kemenangan 3-1 ke atas Wolverhampton Wanderers apabila ke­tinggalan dengan satu mata.

Pemain tengah, Ilkay Gundogan menjadi pencetus kepada kebangkitan tersebut apabila meledak gol pertama dan gol ketiga selain gol kedua mereka berjaya dihasilkan oleh Rodri.

“Kami adalah legenda dan kami akan diingati. Anda semua harus mengakuinya, pemain-pemain ini kekal dalam ingatan kelab ini untuk selama-lamanya.

“Kami sedar bahawa meraih empat kejuaraan dalam tempoh lima tahun adalah pencapaian terbaik dalam karier kami semua.

“Keistimewaan yang ada dalam diri membolehkan kami mampu meraih empat kejuaraan dalam tempoh lima tahun di negara ini. Ia adalah suatu yang menakjubkan,” kata Guardiola.

Tambahnya, kehebatan yang dipamerkan oleh Liverpool sejak kebelakangan ini membantu pasukannya untuk menjadi lebih baik. – AGENSI

POPULAR