fbpx
GANDINGAN Tang Jie-Yen Wei menyumbang emas ke-38 selepas muncul juara dalam acara beregu campuran semalam.

Skuad badminton negara tamatkan kemarau 23 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI – Pemain badminton muda beregu campuran negara menunjukkan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menghadiahkan emas buat Kontinjen Malaysia pada aksi terakhir sebelum temasya Sukan SEA Vietnam melabuhkan tirai secara rasmi malam ini.

Pasangan beregu negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menewaskan rakan senegaranya Hoo Pang Ron-Cheah Yee See untuk muncul juara sekali gus menamatkan kemarau pingat emas selama 23 tahun dalam acara beregu campuran.

Meskipun ber­temu sesama sen­diri, namun ia bukan satu perlawanan mudah untuk mencipta kemena­ngan selepas masing-masing berhempas pulas menerusi pertembungan yang berlangsung tiga set.

Namun, Tang Jie- Yen Wei mempamerkan aksi cukup baik biarpun tewas pada set pertama sebelum bangkit mengatasi rakan senegaranya dengan catatan 15-21, 21-19, 21-13.

Keputusan tersebut menyaksikan kontinjen negara menambah pungutan jumlah pingat emas menjadi 38 setakat pukul 5 petang semalam.

Berdasarkan rekod, kali ter­akhir pasangan beregu campuran memenangi emas di pentas Sukan SEA adalah pada 1999 di Brunei menerusi gandingan Chew Choon Eng-Chor Hooi Yee.

Keputusan itu sekali gus me­nyaksikan kem badminton negara­ terus kekal menjadi penyumbang emas buat kontinjen negara biarpun kali ini membariskan ramai pemain muda.

Sebahagian besar bintang-bintang badminton negara tidak menyertai temasya kali ini apabila mereka berdepan misi Piala Thomas dan Piala Uber di Bangkok sebelum ini.

POPULAR