fbpx

Skru ‘main jet’ Yamaha RXZ berharga RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang tular di media sosial yang memaparkan harga skru 'main jet' Yamaha RXZ berharga RM3,500.

PETALING JAYA – Tular di laman sosial sebiji skru ‘main jet’ karburator bagi motosikal Yamaha RXZ dijual pada harga RM3,500.

Menerusi perkongsian di laman Facebook sebuah kelab permotoran, skru terbabit dijual oleh seorang individu dan dia mendakwa skru tersebut adalah yang asli dari Jepun.

Menurut individu tersebut, skru terbabit dibelinya terus dari kilang Yamaha di Jepun dan masih berada dalam plastik serta tidak pernah digunakan.

Untuk makluman, skru ini adalah digunakan bagi mengawal kemasukan petrol ke dalam karburator bagi sesebuah motosikal dan kebiasaan ia dibuat daripada tembaga.

Tinjauan Kosmo! di platform jualan dalam talian mendapati harga bagi sebiji skru terbabit tidak sampai RM10.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang menjual skru itu pada harga yang tidak masuk akal walaupun ia adalah asli.

“Duduk malaysia ni senang buat duit, asal barang pupus je ‘claim rare’ harga sampai RM3,000. Harga tu boleh beli motosikal, boleh juga bawa orang tua ke masjid,”tulis Daus Wengweng.

“Dulu aku beli RM2.50 je kat kedai ‘sparepart’, sekarang jadi RM3,500 dah,” kata Khairul Nezzan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Syakira Syakira.

“Barang boleh buat, jumpa pandai besi tiru la balik,yang nak beli harga beribu tu buat apa,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI