fbpx

Satu pertiga negara EU catat kadar inflasi dua digit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIMBOL mata wang Euro dirakam di hadapan bekas bangunan Bank Pusat Eropah di Frankfurt, Jerman pada 3 Februari 2022. - AFP

BRUSSELS – Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada negara Kesatuan Eropah (EU) mencatatkan kadar inflasi dua digit dengan lonjakan tertinggi direkodkan di wilayah Baltic, lapor laman berita RT kelmarin.

Menurut laporan akhbar Financial Times, sembilan negara EU merekodkan kadar inflasi melepasi 10 peratus, dengan lonjakan tertinggi dicatatkan oleh Estonia. Harga pengguna negara itu meningkat 19 peratus bagi tahun ke tahun.

Negara-negara lain yang teruk terjejas adalah Lithuania dengan kadar inflasi 16.8 peratus, Bulgaria (14.4 peratus), Republik Czech (14.2 peratus), Romania (13.8 peratus), Latvia (13 peratus), Poland (12.4 peratus) dan Slovakia (11.7 peratus). 

Peningkatan tersebut didorong oleh operasi ketenteraan Russia di Ukraine yang disebabkan oleh kebergantungan negara-negara tersebut terhadap tenaga dari Moscow.

Tambah Financial Times, hampir semua import tenaga Lithuania berasal dari Russia, manakala di Slovakia dan Greece, perkongsian pasaran Russia bagi bekalan tenaga adalah hampir 50 peratus.

Bulan lalu, Lithuania menjadi negara EU pertama yang membatalkan import gas dari Russia dan bermula semalam, negara itu mahu menghentikan import elektrik dari Moscow.

Menurut statistik Eurostat, harga tenaga membentuk hampir separuh daripada kenaikan kadar inflasi di EU pada bulan lalu iaitu 8.1 peratus. 

Pada tahun lalu, kadar inflasi di blok tersebut hanya 2 peratus. – Agensi  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI