fbpx

Polis kesan pemandu Persona himpit motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan penunggang motosikal yang dihimpit Persona dalam kejadian itu.

KUALA SELANGOR – Polis sedang mengesan pemandu Proton Persona yang melarikan diri selepas tular menghimpit penunggang motosikal sehingga terjatuh di Kilometer 47.1 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 21 tahun terbabas dan cedera di tangannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian mangsa sedang menuju ke tempat kerjanya selepas keluar dari rumahnya di Kampung Ujong Permatang.

Kata beliau, setibanya di lokasi, sebuah kereta Proton Persona menukar lorong secara mengejut dan menghimpit motosikal mangsa.

“Akibat dihimpit, mangsa kemudian terpaksa menekan brek dan motosikalnya terbabas.

“Ia mengakibatkan mangsa terseliuh tangan kiri manakala motosikalnya mengalami kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Ramli, kes berkenaan disiasat mengikut Kaedah 6(2) LN 166/59. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI