fbpx

1,817 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 menurun dengan 1,817 kes dilaporkan semalam termasuk tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,491,320 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 3,389 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,429,166 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (768 kes), Kuala Lumpur (331 kes), Pulau Pinang (140 kes), Melaka (104 kes), Negeri Sembilan (98 kes), Perak (85 kes), Johor (69 kes) dan Kedah (52 kes).

“Seterusnya, Sabah (43 kes), Putrajaya (36 kes), Sarawak (35 kes), Pahang (22 kes), Kelantan (15 kes), Terengganu (12 kes), Perlis (enam kes) dan Labuan (satu kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,643 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,551 kes.

Sebanyak 26,511 kes aktif dilaporkan melibatkan 25,366 kes dikuarantin di rumah, 18 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,087 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 23 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI