fbpx

Buli : Empat pelajar akan dituduh di Mahkamah Majistret esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seramai empat pelajar sekolah menengah di Sikamat di sini yang disyaki terlibat alam kejadian buli sehingga mencederakan seorang pelajar tingkatan satu pada 13 Mei lalu dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan perkara tersebut dan difahamkan tiga daripada mereka adalah pelajar tingkatan empat dan seorang lagi adalah pelajar tingkatan tiga yang tinggal di asrama sekolah terbabit.

“Penama (empat pelajar terlibat) akan dituduh pada hari Isnin 23 Mei 2022 (esok) di Mahkamah Majistret Seremban.

“Berdasarkan maklumat, mereka akan dituduh dan selepas itu akan diberi jaminan untuk laporan akhlak sebelum tarikh baru ditetapkan untuk dijatuhkan hukuman,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nanda berkata, empat pelajar terlibat akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi pelajar tingkatan lima akan memberi keterangan sebagai saksi.

Empat pelajar terbabit ditahan pada pukul 7 petang Jumaat lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI