fbpx

Singapura berhak tolak kedatangan UAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Singapura menghalang kemasukan pendakwah bebas Indonesia, UAS daripada memasuki negara itu, dua hari lalu dan menghantarnya pulang ke tanah air. - Totabuan News

JAKARTA – Kementerian Luar Negeri Indonesia akhirnya membuka membuka mulut berhubung tindakan pemerintah Singapura menghalang kemasukan pendakwah bebas,  Ustaz Abdul Somad (UAS) baru-baru ini, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Jurucakap kementerian itu, Teuku Faizasyah berkata, sesebuah negara memiliki bidang kuasa dan peraturan khusus dalam mengendalikan kemasukan pelawat ke tempat mereka.

Oleh itu, sesebuah kerajaan mungkin tidak menerima seseorang atau warganegara asing untuk memasuki wilayah negaranya, berdasarkan pelbagai pertimbangan yang tidak diketahui oleh negara lain.

“Indonesia juga sebagai negara yang berdaulat mempunyai dasar imigresen, di mana kita boleh menolak sesiapa sahaja untuk tidak memasuki wilayah di negara ini,” kata Faizasyah.

Beliau mendedahkan bahawa Indonesia sendiri telah menolak kira-kira 400 warga asing yang ingin memasuki wilayahnya dan Jakarta tidak perlu memberikan alasan penolakan itu.

Ini boleh dilakukan dan menurutnya tidak ada keperluan bagi mana-mana kerajaan untuk menjelaskan keengganan itu kerana ia tertakluk di bawah peraturan imigresen.

“Oleh sebab itu, Singapura tidak ‘berhutang’ penjelasan kepada kita mengenai apa yang berlaku ke atas  UAS,” tegasnya.

Namun begitu, atas dasar hubungan diplomatik,  pihak berkuasa Singapura tetap memberikan penjelasan mengenai penolakan kemasukan UAS itu.

Bagaimanapun, Faizasyah tidak memberi sebarang komen mengenai sebab penolakan tersebut iaitu berkaitan dengan aktiviti ekstremis atau keganasan.

Menurutnya, Kedutaan Indonesia di Singapura telah menjalankan tugasan dalam usaha melindungi warganegara Indonesia iaitu dengan menghantar nota diplomatik kes itu kepada UAS.

“Apa yang dilakukan oleh Kedutaan Indonesia sebenarnya adalah sebahagian daripada usaha melindungi warga Indonesia.

“Apa yang berlaku tempoh hari ada laporan masalah yang dikemukakan oleh rakyat kita secara terbuka maka wakil kita sedang meminta maklumat lanjut,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI