fbpx

Siasatan kes Hakim Mohd Nazlan selesai – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kertas siasatan kes melibatkan Mohd. Nazlan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kertas siasatan kes melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu.

Suruhanjaya tersebut dalam satu kenyataan berkata, siasatan berhubung kes melibatkan Mohd. Nazlan telah pun selesai dilakukan oleh pihak mereka.

“Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti-bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lalu untuk kajian dan arahan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 21 April lalu melaporkan, Mohd. Nazlan membuat satu laporan polis bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh seorang penulis blog.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Istana Kehakiman Putrajaya dalam kenyataan berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi menafikan tuduhan-tuduhan palsu, tidak berasas serta berniat jahat bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan.

Difahamkan, kenyataan tersebut merujuk kepada arikel yang ditulis oleh penulis blog tersebut bertajuk ‘Judge Mohd. Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ bertarikh 20 April lalu yang disiarkan oleh sebuah portal berita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI