fbpx

Presiden Amerika Syarikat anjur majlis Aidilfitri di White House

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Joe Biden menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di White House sambil memuji pencapaian umat Islam Amerika. - Bonnie Cash/UPI

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan isteri, Jill Biden mengadakan majlis Hari Raya Aidilfitri di White House sambil menyeru toleransi beragama dan memuji sumbangan umat Islam di negara itu, lapor United Press International (UPI).

Pasangan Biden, Naib Presiden AS, Kamala Harris dan beberapa kenamaan lain menghormati cuti tiga hari umat Islam yang menandakan berakhirnya puasa di bulan Ramadan. Majlis sambutan Aidilfitri itu diadakan di BiliK Timur White House dan dihadiri ramai tetamu.

Dalam ucapannya, Biden menghargai pencapaian sivik umat Islam di AS walaupun menghadapi cabaran daripada ketaksuban kaum dan agama.

“Umat Islam menjadikan negara kita lebih kuat pada setiap hari walaupun mereka masih menghadapi cabaran dan ancaman sebenar dalam masyarakat kita termasuk keganasan yang disasarkan dan Islamofobia. Ia sangat mengejutkan,” katanya.

Biden yang menganut ajaran Roman Katholik menyatakan, terdapat banyak persamaan antara ketiga-tiga agama utama di AS. 

Beliau mengisytiharkan AS adalah satu-satunya negara di dunia yang diasaskan bukan berdasarkan kumpulan agama atau kaum, tetapi lebih kepada idea yang terkandung dalam mukadimah Deklarasi Kemerdekaan bahawa semua manusia dicipta sama.

“Kita tidak pernah mencapai matlamat itu tetapi kita tidak pernah menjauhinya kecuali pada satu saat yang singkat. Dan kita kembali,’’ jelas beliau.

Dalam pada itu, Jill Biden menggelar perayaan Aidilfitri sebagai sambutan yang menyatukan keluarga dan masyarakat.

“Keutuhan dicapai apabila kita bersama-sama dengan orang lain, ringan terasa apabila kita ‘mencampakkan’ beban pada akhirnya,’’ katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI