fbpx

Polis sedang mengesan pemandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kereta lawan arus yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Polis sedang giat mengesan pemandu sebuah kereta jenis Proton Waja melawan arus lalu lintas yang tular di media sosial dalam kejadian di Lebuh Raya Damansara Puchong di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 5.10 petang.

“Kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan atau kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.

“Kita meminta pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk memberikan keterangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pemandu kereta terbabit sedang giat dikesan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Petaling Jaya di talian 016-2679025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI