fbpx

Rihanna, Rocky dapat anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIHANNA dikatakan bersalin pada

PETALING JAYA – Penyanyi pop Rihanna selamat melahirkan seorang anak lelaki, lapor portal hiburan, TMZ.

Biarpun baik Rihanna mahupun pasangan A$AP Rocky masih belum mendedahkan kepada umum perincian anak sulung mereka, sumber mendedahkan, pelantun lagu Umbrella itu telah pun bersalin pada 31 Mei lalu di Los Angeles.

Bahkan, nama anak juga masih didedahkan sekali gus membuatkan ramai para peminat seluruh dunia ternanti-nanti perkongsian wakil mahupun baik Rihanna atau Rocky sendiri mengumumkan dalam sosial media masing-masing.

Bagaimanapun, bekas kekasih Rihanna, Chris Brown nampaknya mendahului semua orang apabila memberikan ucapan tahniah yang dipercayai ditujukan kepada pemilik nama lengkap, Robyn Rihanna Fenty.

“Tahniah! (seraya menyertakan emoji bentuk hati dan wanita dengan perut memboyot),” coret Brown menerusi Instastory.

Awal Februari lalu, Rihanna mengumumkan bahawa dirinya sedang sarat hamil dan bapa kepada bayi dalam kandungannya adalah Rocky.

Sewaktu proses kehamilan, Rihanna juga tidak segan silu beraksi dan berkongsi foto dirinya dalam keadaan memboyot termasuk ketika menghadiri acara-acara berprestij Hollywood dengan mendedahkan bentuk perutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI