fbpx

Lelaki kantoi menipu guna ‘online transfer’ di pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar resit 'schedule online transfer' yang dimuat naik di media sosial.

PETALING JAYA – Kaedah pembayaran tanpa tunai atau digital kini dilihat semakin popular memandangkan ia lebih mudah untuk digunakan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat segilintir individu yang cuba mengambil kesempatan di atas kemudahan tersebut.

Menerusi perkongsian oleh Elyn Yusof di kumpulan Facebook, komuniti Puncak Alam, seorang lelaki dipercayai menggunakan kaedah ‘schedule online transfer’ (pemindahan dalam talian secara berjadual) bagi memperdayakan mangsa.

Menurutnya, kejadian terbabit dimaklumkan telah berlaku di sebuah pasar raya miliknya di Puncak Alam baru-baru ini.

“Semua peniaga sila berhati-hati dengan lelaki berbaju hitam ini. Dia beli barang menggunakan ‘schedule online transfer’.

“Selepas selesai ambil barang, dia batalkan pemindahan wang tersebut seolah-olah seperti sudah bayar tetapi sebenarnya tiada duit yang masuk,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai menasihatkan agar para peniaga perlu peka dan elakkan daripada membenarkan pembeli menggunakan pemindahan dalam talian secara berjadual.

“Satu cara sahaja iaitu ‘instant tranfer’ (pemindahan segera) dan yang lain tak perlu layan. Kalau tak nak boleh guna kad atau QR pay,” kata Ahmad Fauzi.

“Orang macam ini lah yang susahkan orang lain. Saya ni selalu juga takda tunai dan kalau boleh bayar secara dalam talian amat memudahkan. Sebab hidup tak berkat, duit pun selalu tak cukup sebab makan makanan haram,” seloroh Azyyati.

“Pekerja kena peka dan pastikan resit tertulis ‘succesful’ (berjaya). Jika tidak, pemidahan secara berjadual itu boleh dibatalkan,” ujar ahmad Norain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI