fbpx

Lagi 20 tadika, taska ditutup kes HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Rusdi Abd. Rahman

MELAKA – Sebanyak 20 buah tadika, taska dan premis persendirian di negeri ini diarahkan ditutup serta-merta susulan penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, sehingga semalam, kes HFMD terus mencatatkan peningkatan kepada 1,633 kes berbanding 1,378 kes pada 14 Mei lalu.

Katanya, sebanyak 20 buah premis termasuk tadika, taska dan premis persendirian turut diarahkan ditutup selama 10 hari susulan penularan wabak itu.

“Setakat ini 20 lagi premis ditutup, ada beberapa premis diarahkan tutup selepas kita kesan lebih empat kanak-kanak mengalami gejala awal seperti demam.

“Kita telah meminta semua taska untuk memberi kerjasama kepada Jabatan Kesihatan Negeri supaya tindakan awal pencegahan dapat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai operasi Mega Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) di Banda Hilir, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, mengikut pecahan, sebanyak lapan tadika ditutup, taska (enam), premis persendirian (empat) dan pusat jagaan (dua).

“Penutupan premis melibatkan ketiga-tiga daerah negeri, namun mengikut jumlah jangkitan Melaka Tengah mencatatkan kes tertinggi iaitu 772 kes, diikuti Alor Gajah (516 kes) dan Jasin (345 kes).

“Kita telah memberi amaran kepada pemilik premis untuk tidak ingkar dengan arahan penutupan atau tindakan boleh diambil mengikut Akta Pencegahan Dan Kawalan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Terdahulu dalam operasi dijalankan seramai lapan individu berusia antara 18 hingga 40 tahun dikenakan kompaun selepas dikesan merokok di kedai makan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI