fbpx

Cuaca cerah di Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca pada pagi ini dilaporkan cerah melibatkan negeri di Semenanjung, manakala hujan lebat serta ribut petir di beberapa daerah sekitar Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk itu tertumpu di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

Selain itu, bagi negeri Sabah pula, antara kawasan yang dilanda hujan lebat pagi ini adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) serta keseluruhan Labuan.

Jelas MetMalaysia, keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 9 pagi nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI