fbpx

AEON bantu tangani kenaikan harga barangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AEON sentiasa prihatin untuk membantu pelanggan berjimat dengan menawarkan pelbagai kempen. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) bakal melancarkan kempen untuk menangani isu inflasi dan kenaikan harga barang bermula Jun ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin berkata, setiap perusahaan sentiasa berdepan dengan tekanan peningkatan kos, jadi peniaga perlu inovatif dalam mencari kaedah dan penyele­saian supaya ia tidak dipindahkan kepada pengguna.

“AEON memanfaatkan ekosistem kami bersama rakan kongsi serta pembekal untuk menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan dan kempen bagi menangani inflasi ini dija­dualkan diperkenalkan dalam tempoh tiga hingga empat ­minggu lagi.

“Perancangan kami adalah untuk menawarkan dua pakej iaitu masing-masing berharga RM60 serta RM100 yang mengandungi barangan keperluan penting dan ia menyediakan penjimatan sekitar RM15 hingga RM20 berban­ding harga semasa.

“Kempen ini bakal menjadi permulaan untuk kerjasama lanjut bersama rakan-rakan kongsi yang lain,” katanya.

Beliau berkata pada pada pada pada pada sidang akhbar yang dijalankan secara maya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-37, yang turut dilaksanakan secara virtual semalam.

Menurut Shafie, prestasi dalam tempoh dua tahun ke­belakangan ini telah membuktikan, syarikat tangkas dan mampu berinteraksi baik terhadap cabaran untuk menawar per­khidmatan berkualiti buat pe­langgan, termasuk melibatkan isu inflasi serta kenaikan gaji minimum.

“Sehingga bulan Januari 2022, seramai 3,700 kakitangan kami terlibat dalam kenaikan gaji daripada RM1,200 kepada RM1,500 dan ini hanya melibatkan peningkatan kecil kepada keseluruhan kos operasi syarikat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI