fbpx

Muka Bilal putih kemerahan, ada iras Jebat Jayden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biarpun tak nampak muka, khalayak tetap jatuh cinta melihat susuk Bilal.

SEBUT sahaja nama Muhammad Bilal, seperti ada satu perasaan yang masih belum puas.

Semuanya kerana masih belum berkesempatan untuk menatap putera kesayangan Neelofa dan Haris Ismail itu.

Terbaharu, muncul sebuah video mengenai Bilal daripada seorang pengguna TikTok yang dipercayai kenalan rapat keluarga Neelofa.

Biarpun tidak memaparkan wajah Bilal, individu tersebut mengatakan dia sudah melihat wajah Bilal ketika bersama ibu Neelofa iaitu Noor Kartini.

“Segak (comel) betul Bilal. Kulit putih kemerah-merahan.

“Semasa baru lahir, wajah seperti Neelofa tetapi kini persis Haris. Sikit-sikit ada iras Jebat Jayden,” katanya dalam video tersebut.

Belum sempat ibu bapanya memaparkan wajah, orang lain pula sudah memberi gambaran kepada umum. Tidak kisahlah ikut wajah siapa pun, asalkan Bilal semakin sihat.

MIZZ LAHAR: Ramai yang puji sikap Mira Filzah dan suaminya Wan Emir yang tidak membuatkan peminat dan orang ramai tertunggu-tunggu untuk melihat wajah anak sulung mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI