fbpx

Ceria sambut hari raya di sekolah sebelum maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang murid berusia 10 tahun maut digilis lori di Jalan Kampung Baru, Alma di Bukit Mertajam hari ini. Foto media sosial

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa yang didakwa berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal perempuan bersama pembonceng telah hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Si ibu yang menunggang motosikal sempat menyelamatkan diri manakala anaknya yang membonceng digilis oleh lori dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI