fbpx

YLPG sasar kutipan IPO RM37.27 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Leong (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran prospektus untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Securities di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pengeluar berus, Yew Lee Pasific Group Berhad (YLPG) menyasarkan untuk menjana sejumlah RM37.27 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad yang dijadualkan pada 7 Jun ini.

IPO syarikat melibatkan terbitan 133.1 juta saham baharu pada harga 28 sen sesaham.

Pengarah Urusannya, Ang Lee Leong berkata, IPO tersebut adalah untuk mengumpul dana bagi rancangan pertumbuhan syarikat dan meningkatkan profil dalam industri.

“Sejumlah RM10.9 juta daripada hasil tersebut akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan, RM7.3 juta bagi pembinaan kemudahan gudang dan bangunan pejabat, manakala RM1.8 juta lagi untuk pengubahsuaian pejabat.

“Selain itu, RM8.9 juta adalah untuk bayaran balik pinjaman bank, RM4.57 juta untuk modal kerja dan RM3.8 juta selebihnya adalah perbelanjaan penyenarai­an,” katanya pada majlis pelancaran prospektus IPO syarikat di sini semalam.

Ang Lee Leong

M&A Securities merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO berkenaan menakala Eco Asia Capital Advisory Sdn. Bhd. bertindak sebagai penasihat kewangan.

YLPG menghasilkan berus industri dan teknikal untuk pelbagai industri pembuatan terma­suk sarung tangan, elektrik dan elektronik, pembekal kebersihan industri serta pengeluar kaca dan kayu.

Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, syarikat merekodkan perolehan RM45.5 juta, dengan 76.8 peratus daripadanya disumbang dari dalam negara, manakala baki 23.2 peratus daripada pasaran asing terutamanya Thailand, Vietnam, Indonesia serta Taiwan.

Nilai pasaran industri berus di Malaysia dianggarkan bakal mencecah RM402 juta pada 2026, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun 9.6 peratus dari 2022 hingga 2026. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN