fbpx

Harga RON97 naik 2 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga petrol RON97 naik 2 sen berkuat kuasa esok sehingga 25 Mei depan, menjadikan dijual RM4.33 seliter berbanding RM4.31 seliter ketika ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga bagi RON95 dan diesel pula masih kekal masing RM2.15 seliter dan rm2.05 seliter.

Jelasnya, pengekalan harga itu dilaksanakna kerajaan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI