fbpx

De Paula kembali dalam senarai Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
De Paula (kiri) kembali dipanggil oleh Pan-gon bagi menyertai sesi latihan pusat menjelang aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia bulan depan.

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mula mencetuskan sensasi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila kembali menyenaraikan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Guilherme De Paula dalam senarai 29 pemain yang akan memulakan latihan pusat esok.

Bagaimanapun, Pan-gon yang mempunyai tempoh masa yang lebih banyak untuk memantau saingan domestik turut menamakan beberapa pemain pilihan penyokong termasuk Darren Lok, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed ,namun kelibat Natxo Insa sekadar melengkapkan 11 pemain dalam senarai simpanan.

“Saya faham beberapa kejutan daripada senarai nama yang dipanggil dan saya mahu gunakan peluang ini untuk melihat de­ngan mata sendiri. Kali ini saya mahu mewujudkan persekitaran kompetitif dan saya mahu lihat semua kekuatan yang kita ada.

“Saya mahu lihat dan akan menilai semua benda. Saya faham apa yang jadi di sini, namun yang penting saya perlu periksa dan lihat sendiri (kemampuan pemain) depan mata,” katanya pada sidang media Pengumuman Senarai Nama Pemain ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Penampilan terakhir pemain naturalisasi ketiga negara itu adalah pada kempen Piala AFF Suzuki, penghujung tahun lalu ketika Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, namun prestasinya jelas mengecewakan dan mengundang kritikan daripada peminat.

Malaysia kini dalam persiapan akhir sebelum memulakan aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan membuka tirai saingan bertemu Turkmenistan pada 8 Jun diikuti Bahrain (11 Jun) sebelum mengakhiri saing­an menentang Bangladesh (14 Jun).

Sebelum itu, Harimau Malaya dijadualkan mengharungi dua aksi persahabatan menentang Brunei pada 27 Mei dan Hong Kong (1 Jun).

Ditanya mengenai keputusannya untuk tidak menyenaraikan Insa dalam senarai 29 pemain, Pan-gon menegaskan ia dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek selepas menerima 333 laporan pemain daripada barisan kejurulatihan.

“Alasan yang sama, ia berkait dengan taktikal, teknikal mahupun alasan fizikal. Sebagai jurulatih, saya tidak ada magis, namun kekal positif untuk gunakan peluang ini membentuk skuad terbaik berbanding panggilan pertama sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI