fbpx

Wanita cemas, lelaki ‘asing’ cuba buka pintu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar detik cemas seorang wanita apabila secara tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki yang cuba membuka pintu keretanya.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dinaikinya didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali sambil mencuba membuka pintu bahagian pemandu.

Menerusi rakaman yang dikongsikan Emma Zack, kelihatan lelaki terbabit secara tiba-tiba menghampiri keretanya sambil memegang beberapa alat di tangan seolah-olah untuk digunakan bagi membuka pintu.

Tindakan lelaki berkenaan sempat dirakam oleh wanita terbabit yang sedang berseorangan di dalam kereta sambil menunggu seseorang.

Situasi itu membuatkan Emma berasa ketakutan dan menunggu sehingga lelaki tersebut beredar dari keretanya.

Bagaimanapun, Emma memaklumkan dia sempat mengunci keretanya itu sebelum kemunculan lelaki tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka ketika berdepan dengan situasi yang hampir sama dan menakutkan itu.

“Saya pernah kena macam ini juga, tiba-tiba ada seorang lelaki datang dekat kereta, ketuk tingkap dan cuba buka pintu kereta, dia siap tunjuk beg tangan saya untuk minta duit, memang takut,” kongsi Juliana.

“Tak kira lelaki atau perempuan, hati-hati la berada di luar, kadang yang datang itu nampak macam orang gila, padahal ada niat jahat lain, masuk kereta terus kunci walaupun sekejap,” pesan Kamarul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI