fbpx

Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Kuala Pilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPS Dewan Desa Dangi yang dibuka awal pagi tadi berikutan kejadian banjir kilat yang berlaku semalam.

KUALA PILAH – Dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini susulan kejadian banjir kilat yang berlaku semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Left. Kolonel (PA) Mohd. Syukri Madnor berkata, dua PPS tersebut adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Johol dan Dewan Desa Dangi yang beroperasi malam tadi.

“Antara kawasan terjejas melibatkan Kampung Kerapi, Kampung Orang Asli Charik, Kampung Orang Asli Kelapi dan Kampung Ulu Inas.

“Setakat ini, seramai 103 orang mangsa banjir melibatkan 40 buah keluarga di daerah ini terpaksa dipindahkan ke PPS yang telah dibuka itu,” katanya.

Sementara itu, katanya, banjir kilat semalam turut berlaku di beberapa buah daerah lain termasuk Seremban dan Rembau.

“Di Seremban antara yang terjejas adalah di Kampung Ismail di Ampangan, Taman Angsamas, Kampung Sega Hulu, Kampung Stesen Kampung Sega Tengah dan Kampung Kuala Sawah di Rantau dan Kampung Sungai Mahang di Nilai.

“Di Rembau, terdapat satu kawasan iaitu di Kampung Orang Asli Paabai, Miku telah dinaiki air namun air telah mulai surut pada pukul 6.30 petang semalam. Selain itu di Port Dickson, Kompleks Pengajian Darul Widad di Permatang Pasir, Linggi turut mengalami banjir dan air telah surut pada pukul 12.43 tengah malam tadi,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI