fbpx

Malaysia ulangi tidak akan jalin hubungan dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian rasmi negara yang tidak akan sesekali menjalinkan langsung sebarang hubungan diplomatik dengan pihak rejim Israel.

Jaminan tersebut disuarakan sendiri oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam perutusan khas beliau bersempena memperingati ulang tahun ke-74 Hari Nakbah semalam.

“Malaysia akan terus menzahirkan sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada saudara kita di Palestin malahan tidak akan menjalinkan hubungan dengan Israel,” tegasnya.

Nakbah dalam bahasa Arab yang bermaksud malapetaka, merujuk kepada hari peringatan pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan desa di Palestin pada 15 Mei 1948 lalu.

Mengulas lebih lanjut, Saifuddin berkata bahawa Malaysia juga tidak akan jemu menyeru agar penamatan segera kepada pemindahan paksa rakyat Palestin oleh Israel yang masih wujud. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI