fbpx

Bekas Presiden Somalia dilantik semula dalam pilihan raya tertutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan Sheikh Mohamud bercakap pada Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-52 di Munich, selatan Jerman, pada 14 Februari 2016. - AFP

MOGADISHU – Bekas pemimpin Somalia, Hassan Sheikh Mohamed dilantik semula menjadi presiden selepas undian terakhir dibuka hanya kepada anggota parlimen negara itu, lapor stesen penyiaran British (BBC), hari ini.

Beliau mengalahkan Presiden Mohamed Abudallahi Farmajo, yang telah memegang jawatan tersebut sejak 2017.

Undian adalah terhad kepada 328 ahli parlimen Somalia kerana kebimbangan keselamatan untuk mengadakan pilihan raya secara meluas selain salah seorang daripada mereka tidak mengundi.

Hassan menerima 214 undi, mengalahkan Mohamed Abudallahi yang mendapat 110 undi.

Tiga ahli parlimen dilaporkan telah merosakkan undi mereka.

Keadaan luar biasa itu menyerlahkan isu keselamatan Somalia serta kekurangan akauntabiliti demokrasi.

Keputusan itu menandakan kemunculan semula Hassan yang berkhidmat sebagai Presiden Somalia antara 2012 hingga 2017 sebelum ditewaskan oleh Mohamed Abudallahi.

Pilihan raya tersebut telah ditangguhkan selama hampir 15 bulan kerana isu perbalahan dan keselamatan.

Hassan mengangkat sumpah sejurus selepas keputusan akhir diumumkan, mendorong penyokong di ibu negara bersorak dan melepaskan tembakan ke udara. 

Beliau akan berkhidmat selama empat tahun akan datang.

Dalam proses undian yang berlangsung semalam, beratus-ratus ahli parlimen membuang undi mereka di hangar pesawat berkubu di ibu negara, Mogadishu.

Letupan kedengaran berhampiran lokasi ketika pengundian sedang berlangsung, namun polis berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI