fbpx

54 rumah dinaiki air selepas hujan lebat lebih sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu memindahkan penduduk terjejas banjir di Kampung Padang Setol ke PPS SK Tawar di Baling, malam ini.

BALING – Sebanyak 54 buah rumah di mukim Tawar dan Kupang di sini terjejas akibat banjir kilat pada petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, kawasan tersebut mula dinaiki air pada pukul 2.30 petang.

Katanya, sebanyak 22 rumah di Kampung Padang Setol dalam mukim Tawar terjejas.

“Bagi mukim Kupang pula, sebanyak empat kampung terlibat membabitkan Kampung Bukit Iboi 13 buah rumah, Kampung Charok Kapas (12), Kampung Bendang Padang (5) dan Kampung Seberang Jaya Sadek (2),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Tawar di mukim Tawar pada pukul 8.10 malam ini.

“Banjir di mukim Kupang pula telah surut dan tiada mangsa yang perlu dipindahkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI