fbpx

Penggemar coklat kurang berisiko mati muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makan coklat juga didedahkan mampu melangsingkan badan jika diambil secara bersederhana. - Shutterstock

WASHINGTON – Satu kajian terbaharu mendedahkan tabiat memakan coklat mampu mengurangkan risiko mati ketika usia muda sebanyak 12 peratus, lapor akhbar The Sun, semalam.

Risiko bagi penyakit jantung atau kanser yang boleh membawa maut dalam kalangan pemakan tetap coklat juga didapati menurun sehingga 16 peratus.

Peminat yang mengunyah setara dengan dua bar coklat susu adalah empat kali kurang berisiko untuk menghidap diabetes berbanding mereka yang tidak memakan pencuci mulut itu.

Pakar menyatakan bahawa coklat boleh menurunkan kolesterol dan tekanan darah selain pemakannya cenderung menjadi lebih langsing dan lebih aktif.

Menurut saintis, sebatian dalam koko yang dikenali sebagai flavonoid meningkatkan kesihatan saluran darah.

Pakar dari Institut Kanser Kebangsaan di Maryland, Profesor Jiaqi Huang berkata, kajian itu mungkin mampu meredakan kebimbangan mengenai keadaan kesihatan yang buruk hasil daripada pengambilan coklat secara sedikit dan bersederhana. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI