fbpx

Biri-biri dipenjara kerana ragut rumput di zon larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua biri-bir dipenjara kerana meragut rumput di kawasan yang tidak dibenarkan. - CEN

BANDAR RAYA MEXICO – Dua ekor biri-biri di Mexico dimasukkan ke dalam penjara selepas ditangkap meragut rumput di sebuah kawasan larangan, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.

Kedua-dua ekor haiwan itu didakwa meragut di sekitar kawasan asrama sebuah sekolah dan akan terus ditahan sehingga pemiliknya membayar denda serta membaiki kerosakan yang disebabkan oleh biri-biri berkenaan.

Pemiliknya, Reyna Morales, juga perlu berikrar untuk memastikan haiwan itu diikat dalam kandang jika mahu menuntut semula peliharaannya.

Pasangan biri-biri itu telah ‘menjamu selera’ di atas rumput di pekarangan asrama Ignacio Zaragoza di perbandaran Santa Catarina Yosonotu, dalam negeri Oaxaca, selatan Mexico.

Morales membuat rayuan kepada pihak polis kerana dia percaya hukuman penjara adalah satu bentuk kekejaman terhadap haiwan.

Dia memberitahu media tempatan bahawa biri-birinya sedang ditambat di belakang jeriji berkarat tanpa makanan dan air serta bimbang ia akan mati kelaparan.

Ibu kepada dua anak itu juga telah merayu bantuan kewangan daripada ahli komuniti kerana dia tidak mampu membayar denda.

Pejabat Peguam Negara di Oaxaca memaklumkan mereka telah membuka kertas siasatan untuk jenayah Kekejaman Haiwan selepas dua haiwan vertebrata (biri-biri) dikurung di penjara perbandaran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI