fbpx

Pemandu Porsche tunjuk ‘hero’ pamer aksi berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi pemandu Porsche yang memandu dalam keadaan berbahaya

PETALING JAYA – Rakaman video sebuah kereta mewah jenama Porsche dipandu secara berbahaya tular di media sosial hari ini.

Perbuatan pemandu kereta mewah tersebut sempat dirakam oleh penumpang kenderaan lain semasa kejadian.

Kelajuan yang dipandu oleh pemandu Porsche tersebut didakwa melebihi 180 kilometer sejam.

Menerusi perkongsian portal Malaysia Most Viral di Twitter, kereta tersebut turut dilihat dipandu di laluan bertentangan.

Rata-rata netizen berharap pemandu kereta tersebut dikenakan tindakan kerana membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Ini macam kali pertama bawa, tak pandai nak ‘layan’ jalan, kalau datang lori memang kena ‘sauk’ dah ini,” ciap seorang pengguna.

“Esok lusa kena tangkap la pemandu ini, dah tular baru pihak berkuasa nak ambil tindakan, kalau tak langsung tak ada pemantauan atau rondaan,” komen Abu.

“Serius la, masa selekoh kau tekan pedal brek, tak hebat lagi ini,” seloroh Haziq. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI