fbpx

Cabutan bertuah Perodua Myvi menanti ahli YGMB di FGM 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (dua dari kiri) bergambar bersama hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Perodua Myvi untuk ahli YGMB sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok hari ini.

BACHOK – Ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berpeluang memenangi Hadiah Cabutan Apresiasi Festival Guru Malaysia (FGM) 2022 berupa kereta jenis Perodua Myvi bernilai RM60,000 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, pemenang bagi kereta jenis Perodua Myvi 1.5 AV itu akan dipilih secara rawak menggunakan kaedah digital.

“Lebih 100,000 ahli YGMB berdaftar berpeluang memenangi hadiah tersebut. Pemenang akan dipilih secara digital berdasarkan kaedah yang ada dalam sistem keahlian YGMB. Ini bermakna semua ahli yang berdaftar berpeluang untuk dipilih sebagai pemenang.

“Cabutan akan dilakukan esok dan hadiah ini ditaja oleh Perodua. Ia juga sebagai tanda penghargaan YGMB kepada ahli yang sentiasa memberi sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Wan Munadi, hadiah kepada pemenang akan disampaikan sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sebagai acara kemuncak Majlis Apresiasi FGM 2022.

FGM 2022 berlangsung selama lima hari sejak Khamis lalu di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok di sini.

Pelbagai acara menarik dianjurkan sempena FGM kali ini termasuk pameran daripada agensi berkaitan pendidikan, gerai jualan barangan dan makanan serta pertunjukkan seni budaya negeri Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI