fbpx

Wang pampasan YGMB ini untuk pendidikan anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorhayati (tiga dari kiri) bersama Abdul Muei (empat dari kiri) selepas menerima pampasan YGMB di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kedukaan seorang guru yang kehilangan suami secara mengejut pada sembilan bulan lalu sedikit terubat apabila menerima pampasan RM52,023.60 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini.

Noorhayati Salleh, 48, berkata, suaminya, Allahyarham Rospi Abu Bakar, 49, yang merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Perah tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Mac lalu.

“Waktu itu arwah suami saya sedang memancing seorang diri di Felcra Pasir Pelata, Hulu Terengganu.

“Kami hanya berjaya menjumpainya terbujur di tebing sungai pada 12 tengah malam berdasarkan lokasi dikirim arwah suami sebelum itu,” katanya selepas menerima pampasan tersebut pada Konvensyen Pendidikan Persatuan Guru Besar Kebangsaan di sini hari ini.

Beliau menerima pampasan skim YGMB disampaikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Abdul Muie Ngah.

Pada majlis sama yang turut dihadiri Pengerusi YGMB, Aminudin Adam dan

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat itu, Guru Besar SK Payoh, Ahmad Hazli Abdul Multalib yang kematian isterinya, Yuhaneza M. Yusop turut menerima pampasan RM54,012.

Noorhayati berkata, pampasan tersebut akan digunakan untuk pendidikan lima anak mereka yang berusia antara lapan hingga 22 tahun.

Guru SK Seri Berang itu berkata, beliau tidak menyangka memperolehi pampasan sebanyak itu walaupun arwah suaminya tidak sampai setahun menyertai Skim Emas YGMB. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI