fbpx

Penumpang kendali pesawat selepas juruterbang jatuh sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAWAL trafik udara, Morgan (kiri) membantu seorang penumpang mendaratkan pesawat apabila juruterbang, Harrison (kanan) mengalami masalah kesihatan. – Robert Morgan

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang penumpang yang tidak mempunyai kemahiran penerbangan berjaya mendaratkan sebuah pesawat yang dinaikinya ketika menuju ke Florida, Amerika Syarikat (AS) dengan selamat selepas juruterbang jatuh sakit, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu selepas pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Leonard M. Thompson di bandar Marsh Harbour, Bahamas. 

Seorang juruterbang, Darren Harrison yang mengendalikan pesawat peribadi Cessna 208 Caravan itu sedang menuju ke Florida apabila dia tiba-tiba mengalami masalah kesihatan. 

Dua penumpang dilaporkan menaiki pesawat berkenaan ketika Harrison mempunyai masalah kesihatan, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan. 

Disebabkan ketiadaan pembantu juruterbang di sisinya, seorang penumpang dengan identitinya tidak didedahkan memutuskan untuk membantu menerbangkan pesawat tersebut. 

Penumpang yang tidak mempunyai kemahiran menerbangkan pesawat itu ketika kejadian sedang dalam perjalanan pulang untuk menemui isterinya yang sedang hamil.

“Saya menghadapi situasi yang serius di sini. Juruterbang pesawat kami tidak sihat. Saya tidak tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat,’’ penumpang itu memberitahu pusat kawalan trafik udara di Fort Pierce.

Pengawal Trafik Udara, Robert Morgan yang merupakan seorang pengajar penerbangan bertauliah menjawab panggilan kecemasan berkenaan. 

Morgan kemudian memutuskan untuk membantu penumpang berkenaan bagi mendaratkan pesawat sejauh 12.9 kilometer di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida. 

Penumpang itu akhirnya berjaya mendaratkan pesawat berkenaan dengan selamat hasil bantuan Morgan dan tiada sesiapa mengalami kecederaan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI