BERPAKAIAN pelik yang bercanggah dengan uruf atau amalan masyarakat setempat sehingga dilihat ganjil oleh orang ramai adalah suatu yang dilarang berdasarkan hadis.

Jangan memakai pakaian pelik, ganjil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saya peminat fesyen. Soalan saya kenapa Nabi s.a.w melarang pakaian yang dilihat ganjil atau pelik. Bagaimana mahu mengukur hal itu?

Jawapan: Dalam hadis, Nabi s.a.w me­larang pakaian syuhrah. Asal perkataan syuhrah bermaksud yang menonjol, jelas nampak atau tersebar. Kita dalam Bahasa Melayu guna perkataan Arab ini iaitu masyhur bermaksud yang tertonjol atau tersebar. Ungkapan pakaian syuhrah digunakan dalam hadis Nabi s.a.w, di mana baginda bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah, Allah akan memakaikannya pada Hari Kiamat pa­kaian kehinaan,” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Abu Daud).
Pakaian syuhrah dimaksudkan ialah pakaian yang pelik bagi penduduk atau sesiapa di negeri atau tempat pakaian itu dipakai. Dalam erti kata lain, pakaian yang menyalahi uruf setempat. Ia akan membuatkan mata orang ramai tertumpu kagum atau rasa ganjil terhadap pemakai. Pakaian itu dipakai atas kesombongan yang ada dalam diri pemakai. Tujuannya agar mata orang ramai tertumpu kepadanya, merasakan diri istimewa sama ada di sudut kekayaan atau di sudut kewarakan beragama. Inilah yang dihuraikan oleh para ulama seperti al-Imam al-Syaukani.
Maka, pakaian atau fesyen yang cantik tidak salah jika tidak menjadikan ia jelas menyanggahi uruf setempat sehingga menimbulkan rasa ganjil atau pelik orang ramai serta dipakai kerana kesombongan. Jadi, boleh jadi juga pakaian yang dilihat syuhrah di suatu tempat, tidak syuhrah di tempat lain.
Niat juga memainkan peranan. Pakaian dilihat selekeh pun jika tujuan menarik perhatian agar orang ramai anggapnya zuhud dan seumpamanya, maka itu termasuk dalam syuhrah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN