fbpx
KERAJAAN Sepanyol bakal meluluskan langkah kesihatan reproduktif baharu, salah satunya membenarkan wanita cuti apabila mengalami senggugut. – Shutterstock.beton studio

Sepanyol beri ‘cuti datang bulan’ untuk pekerja wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Sepanyol akan menjadi negara Barat pertama yang menawarkan ‘cuti datang bulan’ kepada wanita yang mengalami senggugut ketika bekerja.

Ia memperuntukkan cuti tiga hari sebulan bagi wanita yang mengalami masalah itu, lapor portal berita MailOnline.

Langkah tersebut akan dimulakan oleh kerajaan Sepanyol pada minggu hadapan, demikian menurut pengumuman oleh stesen radio Cadena Ser.

Antara negara lain di dunia yang sudah memberikan cuti haid kepada wanita termasuk Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Zambia.

Di bawah pakej pembaharuan yang ditetapkan untuk diluluskan oleh mesyuarat Kabinet Sepanyol pada Selasa hadapan, sekolah juga dikehendaki menyediakan tuala wanita untuk kanak-kanak perempuan yang memerlukannya.

Setiausaha Negara bagi Kesaksamaan dan Menentang Keganasan Jantina, Angela Rodriguez, mengumumkan langkah untuk menjamin kesihatan haid dan pemulihan kesihatan reproduktif pada 3 Mac lalu termasuk memberi cuti kepada wanita yang keguguran.

“Hak berkaitan dengan kesihatan haid tidak pernah dibincangkan dan datanya mengejutkan.

“Satu daripada empat wanita tidak boleh mendapatkan produk kebersihan yang ingin dibelinya atas sebab-sebab kewangan. 

“Disebabkan itu kami cadangkan mereka boleh mendapatkannya secara percuma di pusat pendidikan dan sosial,” kata Rodriguez kepada akhbar El Periodico. – Agensi

POPULAR