fbpx

Pencuri pecah masuk rumah ikut siling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dirakam berada di depan rumah mangsa.

KLANG – Seorang lelaki kerugian RM7,000 apabila rumahnya di Taman Sentosa di sini dimasuki pencuri menerusi siling bumbung kediaman itu kelmarin.

Perkara itu disedari mangsa berusia 36 tahun sebaik pulang dari kerja kira-kira pukul 6.30 petang dengan suspek bertindak membuat lubang di siling rumah teres satu tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan mendapati mangsa meninggalkan rumah itu untuk keluar bekerja pukul 10.30 pagi hari sama.

“Setibanya di rumah, lelaki itu terkejut melihat keadaan berselerak dan siling biliknya turut berlubang.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua cincin dan tiga rantai emas serta wang tunai RM2,100 antara yang lesap dilarikan pencuri,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Jelas Hoong Fong, siasatan mendapati tiada pengawal keselamatan di lokasi kejadian dan nilai kerugian dianggarkan RM7,000.

“Selain itu tiada kesan cap jari suspek ditemukan,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki yang menaiki kereta berada di hadapan rumah mangsa sebelum beredar dari lokasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI