fbpx

Polemik BTS, Taecyeon dijadikan contoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAECYEON

KONTROVERSI pembebasan ketenteraan wajib bagi kumpulan popular BTS terus menjadi berita hangat bukan hanya dalam kalangan media bahkan juga peminat.

Dari sisi lain, kontroversi tersebut tiba-tiba mengheret nama anggota kumpulan 2PM iaitu Taecyeon selepas menjadi bahan perbandingan antara BTS.

Hal ini kerana, Teacyeon yang lahir di Korea Selatan tetapi mula berpindah ke Amerika Syarikat (AS) pada 2010 bersama keluarganya sanggup melepaskan status kewarganegaraan negara Uncle Sam itu.

Semuanya dilakukan Teacyeon tanpa paksaan sesiapapun demi menjalani latihan ketenteraan wajib usai kembali ke Korea Selatan sewaktu mula-mula menjadi artis.

Bahkan tekad penyanyi itu untuk mengikuti latihan tentera sangat kuat sehingga sanggup menjalani pembedahan tulang belakangnya yang bermasalah agar memenuhi kriteria ketenteraan.

Situasi tersebut lantas menjadi topik perbincangan kalangan peminat yang membandingkan sikap patriotisme Taecyeon terhadap negara sendiri.

Beberapa hari lalu, seorang menteri Korea Selatan, Hwang Hee menggesa undang-undang mengecualikan BTS daripada perkhidmatan ketenteraan mandatori kerana beranggapan kehilangan sementara kumpulan itu dari industri muzik akan menjadi satu kerugian buat negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI