fbpx

Mira Filzah, suami masih penat, mahu berehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA memohon semua pihak bersabar dan akan memberi perkembangan terkini tentang anak dan dirinya dari masa ke masa.

PETALING JAYA – Selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah memohon diberikan ruang untuk dirinya dan suami berehat kerana masih dalam keadaan kepenatan.

Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, pada masa sama turut memohon maaf kepada sesiapa sahaja kerana tidak dapat membalas ucapan dan mesej yang dikirimkan kepadanya menerusi telefon atau media sosial.

“Dua-dua penat (Mira dan suami). Saya akan berikan perkembangan terkini dari masa ke masa, Insya-Allah apabila semuanya perlahan-lahan kembali baik.

“Saya tidak dapat hendak membalas mesej satu persatu menerusi WhatsApp atau Instagram. Maafkan saya,” tulisnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory.

Dalam hantaran itu juga, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut berkongsi sekeping foto menunjukkan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar sedang tidur kerana kepenatan di atas sofa di percayai di hospital.

Menerusi hantaran berbeza, bekas pengacara program Nona itu turut berkongsi foto ibunya, Faizatul Akmar Datuk Hisan sedang mendukung bayinya yang ditutup dengan emoji.

Semalam, Mira dan suami berkongsi berita gembira selepas selamat menimang cahaya mata sulung mereka iaitu seorang bayi lelaki sekitar pukul 3.40 pagi di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Lebih menggembirakan, bayi lelaki itu turut berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan ibunya mengikut kalender Islam iaitu pada 9 Syawal.

Pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI