fbpx

Yiwei dedikasikan pingat emas sempena Hari Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YIWEI (kiri) dan Tze Liang menampilkan persembahan terbaik dalam acara terjun 3m papan anjal seirama lelaki untuk merangkul emas Sukan SEA Vietnam 2021 di Pusat Akuatik My Dinh kelmarin. – OCM

PENERJUN negara, Chew Yiwei pastinya melalui hari paling gembira pada hari pertama sukan terjun pada Sukan SEA Vietnam 2020 apabila merangkul pingat emas menerusi acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki kelmarin.

Pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh itu, dia yang bergandingan dengan Ooi Tze Liang menewaskan cabaran pasangan tuan rumah, Nguyen Tung Duong-Phuong The Anh bagi menghadiahkan pingat emas kedua negara.

Enam terjunan yang cukup meyakinkan itu memastikan mereka mengutip 395.79 mata keseluruhan, jauh meninggalkan gandingan Vietnam berkenaan dengan 306.64 mata untuk pingat perak.

Lebih manis, kejayaan itu ha­dir ketika sambutan Hari Ibu dan ia sangat bermakna buat Yiwei yang seterusnya mendedikasikan kilauan pingat emas tersebut kepada ibunya.

“Hari ini (kelmarin), saya berjaya menyelesaikan tugas pada temasya Sukan SEA Vietnam dengan memenangi pingat emas dalam acara 3m seirama lelaki. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan.

“Kerja keras saya bersama Tze Liang selama dua tahun terma­suk ‘berperang’ dengan Covid-19 akhirnya membuahkan hasil. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu yang berada di Pekan Meru, Klang,” katanya.

Dalam pada itu, Yiwei yang sudah pun menamatkan saingan pada temasya dwitahunan tersebut berharap seluruh rak­yat Malaysia terus memberikan sokongan kepada skuad terjun yang masih menggalas misi di ­Vietnam.

“Selepas ini, saya tidak ada sebarang acara lagi, namun rakan-rakan sepasukan masih menggalas misi negara dalam acara seterusnya. Semua rakyat Malaysia terus berikan sokongan bagi membolehkan kita melakar lebih banyak kejayaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI