fbpx

[VIDEO] Wanita misteri ‘hantui’ penduduk Cyberjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penampakan seorang wanita misteri di sekitar Cyberjaya.

PETALING JAYA – Penampakan seorang wanita misteri sering menjadi tanda tanya kebanyakan penduduk di sekitar Cyberjaya apabila kemunculannya secara tiba-tiba telah ‘menghantui’ ramai.

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial sempat merakam kelibat wanita tersebut yang ditemuinya di tepi jalan.

Lebih menakutkan, dia dilihat hanya berdiri kaku tanpa sebarang pergerakan.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah menerima lebih 800,000 tontonan dan ramai berkongsi pengalaman mereka apabila bertemu dengan wanita yang sama dalam keadaan menakutkan.

“Aku pun pernah terserempak kat Cyberjaya, dah lewat malam dia berdiri tegak pandang sebuah bukit, dah la kawasan agak gelap masa itu, seram,” kongsi Sharifah.

“Wanita ini memang misteri, aku pernah jumpa masa balik kerja malam, sekali lalu aku nampak dia, bila pandang semula, dia hilang, tak akan cepat sangat, macam tak logik, mujur aku balik berteman, kalau tak memang menangis aku,” kata Fazrul Amin.

Bagaimanapun, ada juga pengguna yang membuat andaian mengatakan berkemungkinan wanita tersebut mempunyai masalah mental atau menghadapi tekanan hidup.

“Mungkin dia ada masalah mental atau masalah dalam hidup, sebab itu berkelakuan pelik macam itu, pihak berkuasa tolong siasat,” ujar Khalis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI