fbpx

Kenya mahu promosikan aktiviti pendakian untuk pulih sektor pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balala menyertai aktiviti pendakian Taman Negara Gunung Longonot pada 7 Mei lalu. - Robert Manyara/Xinhua

NAIROBI – Kerajaan Kenya memaklumkan bahawa negara itu akan mempromosikan aktiviti pengembaraan dan pendakian gunung sebagai pemacu utama dalam memulihkan sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Setiausaha Kabinet Pelancongan dan Hidupan Liar, Najib Balala berkata, sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian dan pemulihan sektor berkenaan, Kenya bersedia memanfaatkan segmen khusus itu berdasarkan kepelbagaian destinasi dan tarikan yang terdapat di seluruh negara.

“Saya menggalakkan rakyat Kenya untuk melawat beberapa destinasi pendakian gunung dan bukit di negara ini. 

“Ia boleh menjadi pilihan dengan harga berpatutan untuk ramai orang kerana menawarkan pakej lawatan sehari yang mudah diakses,” kata Balala dalam satu kenyataan akhbar.

Tambah beliau, Kenya yang juga terkenal sebagai peneraju dalam bidang safari telah meningkatkan potensi destinasi yang dianggap teratas dalam pelancongan pengembaraan.

Menurutnya, aktiviti pendakian berpotensi meningkatkan taraf pelancongan di Kenya disebabkan pengembara mencari pengalaman yang mengasyikkan dan menarik.

“Kita mesti menunjukkan kepada pelancong domestik dan antarabangsa bahawa Kenya mempunyai pelbagai penawaran lain selain pantai dan safari. Orang ramai kini sedar mengenai kesihatan dan pendakian adalah satu aktiviti kecergasan yang baik,’’ katanya.

Pendapatan bagi sektor pelancongan di Kenya meningkat sehingga 60.4 peratus kepada kira-kira AS$1.26 bilion (RM5.5 bilion) pada 2021 berbanding AS$775 juta (RM3.39 bilion) pada 2020. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI