fbpx

Malaysia gah tumbangkan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN aksi skuad B-23 kebangsaan menentang Thailand pada aksi pembuka tirai Kumpulan B Sukan SEA Vietnam 2021 dengan kemenangan 2-1 berpihak kepada Malaysia di Stadium Thien Truong malam kelmarin. – FAM

DARI segi fizikal, pemain negara mungkin terlalu kecil, sebalik­nya jiwa barisan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara cukup besar untuk mencipta kejutan ke atas pasukan pilihan, Thailand menerusi kemenangan 2-1 pada aksi pembuka tirai Kumpulan B, Sukan SEA Vietnam 2021 di Stadium Thien Truong malam kelmarin.

Pengendali negara, Brad Maloney menegaskan, ke­lebihan menentang lawan yang beraksi 10 pemain tidak akan beri banyak perbezaan sekiranya anak-anak buahnya gagal mengambil kesempatan tersebut.

“Suasana di stadium juga cukup hebat dan semua pemain pastinya mahu beraksi dalam persekitaran seperti ini. Kami juga mampu mengawal permai­nan, namun bagi jurulatih, agak bagus buat pasukan untuk memiliki pemain gantian yang mampu menghadirkan impak.

“Memang kami hormati Thailand sebagai salah satu pasukan terkuat, namun pemain saya tidak pernah ada rasa takut untuk menghadapi sesiapapun. Mereka bermain dengan jiwa besar dan mereka sudah lakukan apa yang perlu,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Selepas mendahului permai­nan pada minit ke-33 menerusi Patrik Gustavsson, skuad Gajah Perang terpaksa mengharungi detik 50 minit dengan penuh tekanan apabila pertahanannya, Jonathan Khemdee dilayangkan kad merah kerana dikesan me­ngasari Muhamad Syahir Bashah.

Pada minit ke-61, Ahmad Da­niel Asri kembali menyamakan kedudukan sebelum pemain gantian negara, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar muncul wira dengan menyumbangkan gol kemenangan pada masa kecede­raan babak kedua.

Maloney kini memiliki tempoh sekurang-kurangnya dua hari lagi untuk memperbaiki dan me­nyiapkan pasukan mantap sebelum menghadapi perlawanan kedua menentang Laos, Rabu ini.

Bagaimanapun, jurulatih dari Australia itu segera mengingatkan para pemainnya bahawa kemenangan ke atas Thailand sekadar permulaan dan harus segera dilupakan bagi memberi fokus kepada baki aksi Kumpulan B.

“Ia menjadi keputusan yang positif buat kami. Namun masih terlalu awal untuk kita berbi­cara tentang peluang ke separuh a­khir kerana kami masih ada perlawanan yang perlu dihadapi.

“Apa yang penting sekarang adalah perlu kekal fokus untuk baki perlawanan selepas ini dan selepas itu, baru boleh memikirkan soal lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI