fbpx

1,251 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 1,251 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,455,364 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, terdapat sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 2,599 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,393,689 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (438 kes), Kuala Lumpur (284 kes), Pulau Pinang (100 kes), Perak (64 kes), Kedah (61 kes), Melaka (57 kes), Johor (50 kes), Negeri Sembilan (43 kes) dan Sarawak (34 kes).

“Seterusnya, Pahang (27 kes), Sabah (26 kes), Terengganu (19 kes), Putrajaya (17 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (14 kes) dan Labuan (dua kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak tujuh kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,576 kes serta dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,530 kes.

Sebanyak 26,099 kes aktif dilaporkan melibatkan 24,978 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,026 kes di hospital, 37 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 39 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI