fbpx

Mercedes naik taraf jentera W13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON masih belum memenangi sebarang perlumbaan musim ini dan bergelut dengan prestasi ketika menggunakan jentera W13.

FLORIDA – Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes AMG Petronas memberi gambaran mereka akan menaik taraf jentera W13 menjelang Grand Prix (GP) Miami di Litar Antarabangsa Miami penghujung minggu ini.

Pengarah Jurutera Mercedes, Andrew Shovlin menjelaskan, pasukan itu sudah pun menemui komponen baharu yang berpotensi untuk meningkatkan pres­tasi jentera mereka di Miami nanti.

“Kami harap boleh tingkatkan kemampuan jentera seawal pada perlumbaan di Miami nanti. Kemudian, barulah kita boleh lihat hala tuju pasukan ini untuk mengharungi baki perlumbaan,” katanya.

Pada masa sama, prinsipal Mercedes, Toto Wolff mengesahkan komponen baharu akan dibawa ke Miami dan mungkin digunakan sebagai eksperimen bagi mencari tetapan terbaik untuk jentera W13.

“Sejak kembali dari Itali, kami sudah buat analisis serta kajian dengan melakukan simulasi serta ujian terowong angin. Saya fikir kami sudah temui beberapa jalan penyelesaian.

“Kami akan terus mengadakan eksperimen di Miami untuk melihat keberkesanan simulasi serta ujian sebelum ini. Saya harap ia boleh jadi petunjuk untuk baki saingan 2022,” ujar beliau.

Sebagai rekod, Mercedes mengharungi musim yang agak mengecewakan tahun ini apabila pelumba utama, Lewis Hamilton masih belum memenangi sebarang perlumbaan dan berada di kedudukan ketujuh dalam senarai kejuaraan dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI